Thursday, April 2, 2009

HMT 329- Pengamatan di Gurney

Sunday, March 29, 2009

HMT 329: Pengamatan di Gurney

Pengamatan Lawatan ke Gurney

Pada 22 Mac 2009, pelajar-pelajar kuliah HMT 329 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lebuh Gurney dan Plaza Gurney bersama dua orang pengiring iaitu pengajar HMT 329, Dr. Radiah dan seorang pengajar bahasa Korea dari Pusat Pengajian Ilmu Bahasa iaitu Cik Helena. Kami telah menaiki bas pada jam 9.30 pagi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan lawatan kami adalah untuk melihat analisis kontrastif dari segi penjenamaan semula, bentuk hormat, kesalahan bahasa dan penggunaan kata panggilan. Kumpulan kami terdiri daripada Wan Norhana, Siti Nurhuda dan Lim Siew Suan.

Sepanjang perjalanan dan lawatan kami telah menemui beberapa aspek yang menjadi tumpuan kajian kami. Aspek pertama yang ditemui adalah dari segi bentuk hormat. Bentuk hormat ini telah ditunjukkan oleh dua orang pelajar kursus HMT 329 iaitu Nasibah dan Chan Yan Yi sewaktu berada di dalam bas. Mereka berdua telah bangun dari tempat duduk dan memberi ruang kepada golongan yang lebih tua yang menaiki bas tersebut apabila bas tersebut berhenti mengambil penumpang. Mereka juga bercakap secara sopan kepada orang tua tersebut, seperti “ Tak pe mak cik duduklah”.

Kami tiba di Lebuh Gurney sekitar jam 10.15 pagi dan melawat kawasan sekitarnya. Dalam perjalanan kami ke Lebuh Gurney kami telah menemui aspek penjenamaan semula. Penjenamaan semula atau re-branding atau re-packagin, menurut Kamus Dewan Edisi ketiga membawa maksud ”Pemberian Jenama ( nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.”. Lantas penjenamaan semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikan. Antara contoh penjenamaan semula yang ditemui ialah Fly Fm yang ditemui pada bahagian Bas Rapid Penang, penjenamaan MAXIS, HONDA, FOLLOW ME dan SHARP di tempat menunggu bas dan penjenamaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terdapat di Bas Rapid Penang yang tidak mengenakan tambang.

Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. Contohnya kesalahan penggunaan kata “di” sebagai kata sendi nama dan penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata “di” sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-

a) kerja pembersihan sedang di jalankan

Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan “di” sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar papan tanda di bawah.



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Kata “di” dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna.

Bagi kesalahan penggunaan “di” sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut:

a) Kari kepala ikan ada dijual disini.

Dalam ayat di atas penggunaan kata “di” ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata “di” dieja secara rapat dengan perkataan “sini” yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan gambar di bawah :

a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.



Gambar 5

Penggunaan kata “di” dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat.

Selain itu, kami turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik inimerupakan kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah :


Gambar 6




Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:

a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “ rambut yang sihat ialah rambut yang cantik”. Penggunaan kata “happy” dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.

Gambar 7

Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik seperti ejaan Ambulans yang terdapat pada satu papan tanda iklan yang terdapat di sebuah kedai yang terdapat di Plaza Gurney iaitu …………… Terdapat juga kedai yang menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat dalam perkataan dan gambar di bawah :

Gambar 8

Gambar 9

Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya, kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina. Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Kami mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila kami memasuki kedai, mereka menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.


Terdapat juga pekerja Cina yang fasih berbahasa Melayu yang ditemui seperti kedai menjual CD dan VCD yang kami kunjungi. Pekerjanya menuturkan bahasa Melayu walaupun Suan ada bersama kami. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bertutur menggunakan percampuran kod dan menggunakan bentuk panggilan I dan you. Situasi ini dapat dilihat apabila pekerja Melayu bercakap dengan pekerja berbangsa Cina. Mereka juga dilihat menggunakan percampuran kod iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Selain itu terdapat pekerja berbangsa Cina yang terus bercakap menggunakan bahasa Cina apabila melihat Suan dating ke kedai mereka walaupun kami ada bersama Suan. Pekerja berbangsa Cina ini terus menggunakan bahasa Melayu apabila suan menyatakan bahawa beliau tidak memahami apa yang dikatakannya. Namun, pekerja tersebut memandang pelik kepada Suan dan pekerja tersebut ada berkata dalam bahasa Cina kepada rakannya bahawa “Suan nampak seperti Cina tetapi kenapa tidak faham apabila beliau bercakap Cina”. Situasi ini telah berlaku di kedai menjual alat mekap iaitu Sasa.

Terdapat juga penjual berbangsa Cina yang sukar menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Hal ini telah berlaku di sebuah kedai yang telah dimasuki oleh Huda dan Suan. Pekerjanya pada mulanya bercakap menggunakan bahasa Inggeris tetapi apabila Huda menyatakan bahawa beliau tidak faham, beliau bercakap menggunakan bahasa Melayu tetapi beliau dilihat agak sukar untuk menterjemahkan apa yang dituturkannya dalam bahasa Inggeris sebelum ini kepada Huda apabila Huda bertanya kepadanya “Apa yang awak cakap? Saya tak fahamla.”

Dalam hal lain, terdapat premis terbuka yang penjualnya hanya menuturkan bahasa Cina walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu yang melihat beliau mempromosi barangan jualannya, namun penjual tersebut langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat sewaktu kamimelihat seorang penjual Cina mempromosi barangan elektrik iaitu sebuah seterika elektrik yang canggih. Walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu di situ, beliau tidak mengendahkannya dan terus bercakap dan mempromosi barangnya menggunakan bahasa Cina.


Bagi aspek penggunaan bentuk panggilan pula, terdapat juga pekerja yang menggunakan bentuk panggilan apabila kami memasuki kedai mereka seperti penggunaan bentuk panggilan Miss, Cik yang digunakan oleh penjual di kedai …… yang dimasuki oleh Huda dan Suan. Namun begitu, tedapat juga penjual yang menggunakan bentuk panggilan dan kata sapaan yang tidak seperti digunakan oleh pekerja di Habib Jewels yang menyapa kami dengan panggilan “adik” dan agen Celcom yang menyapa kami dengan panggilan “kak”. Walaupun begitu, terdapat juga kedai-kedai yang pekerjanya mengabaikan aspek panggilan dan bentuk sapaan ini.

Kesimpulannya, banyak aspek yang dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini dan kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu dari aspek penggunaan bentuk panggilan, kesalahan ejaan. Hal ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Pulau Pinang. Kerajan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi kesalahan penggunaan bahasa ini.

Hasil pengamatan:
9. Lim Siew Suan
24. Siti Nurhuda Saari
28. Wan Norhana Ismail

Friday, February 6, 2009

CARA MENYEBUT GONG XI FA CAI DALAM BAHASA CINA

gēong hì hùat cāi (Bahasa Hokkien)
gūng hī fàt chōi (Bahasa Hakka)
gōng héi fǎt chǒi ( Bahasa Cantonese

Thursday, February 5, 2009

KONSEP PEMILIKAN

Konsep Pemilikan

1.0 PENDAHULUAN
Esei ini akan membincangkan perbezaan tentang konsep milik antara Bahasa Mandarin,Dialek Teochew yang dituturkan oleh Siew Suan dengan Dialek Melayu Kedah (Baling) yang dituturkan oleh Wan Norhana. Konsep Milik merujuk kepada keadaan di mana rujukan bagi penanda nama adalah proses merujuk kepada nama yang lain. Terdapat pelbagai bentuk konsep milik dalam sesuatu bahasa. Dalam esei ini, konsep milik yang akan dibincangkan ialah dari segi ungkapan, Kata Ganti Nama Posesif ,konsep pemilikan dalam struktur ayat dan konsep pemilikan yang didukung oleh imbuhan “ber-” . Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui perbezaan konsep milik antara bahasa Mandarin, bahasa Melayu Standard, dialek Teochew dan Dialek Melayu Kedah (Baling).

2.0 ANALISIS KONSEP MILIK
Konsep Milik adalah berbeza-beza bagi setiap bahasa. Konsep milik pertama yang akan diungkaikan ialah dari segi ungkapan nama iaitu X anak kepada Y. Dalam Bahasa Mandarin, nama Lim Siew Suan menggunakan konsep milik ungkapan nama keluarga. Keseluruhan ahli keluarganya kecuali ibunya menggunakan nama keluarga iaitu “Lim” pada permulaan setiap nama.Contohnya bapa Suan bernama Lim Liam Thiam,manakala adiknya bernama Lim Heng Weng.Bagi Wan Norhana Bt Ismail, Setiap ahli keluarga juga menggunakan nama permulaan dengan “Wan” tetapi bezanya dengan Suan ialah saya menggunakan “Wan” sebagai nama keturunan moyang saya yang berasal dari Kelantan. Namun, bapa dan datuk saya tidak menggunakan nama “Wan”. Contohnya kakak saya bernama Wan Norlida, Wan Normala dan abang saya bernama Wan Mohd Naim tetapi bapa saya hanya bernama Ismail manakala datuk saya bernama Md Zain. Beza penggunaan “Wan Norhana” dengan “Lim Siew Suan” ialah “Wan ” adalah nama yang dikira dalam nama “Wan Norhana” manakala “Lim” tidak dikira sebagai nama dalam nama “Lim Siew Suan” kerana nama sebenar yang digunakan ialah “Siew Suan” sahaja. Selain itu bagi nama Wan Norhana, ia dibintikan kepada nama ayah yang mana perkataan binti itu berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud anak perempuan kepada seorang bapa. Contohnya Wan Norhana Binti Ismail bermaksud Wan Norhana anak perempuan kepada Ismail. Bagi Suan pula, nama Lim mewakili keturunan kepada keluarga Lim. Contohnya Lim Siew Suan. Siew Suan merupakan keturunan keluarga Lim.

Bagi konsep kedua pula ialah dari segi konsep milik kata ganti prosesif. Contohnya bagi frasa “Limau ini kepunyaan saya”. Bagi Wan Norhana, “Limau ini kepunyaan saya diungkapkan sebagai “Limau ini hat kami”. Perkataan “hat” mewakili “kepunyaan” manakala “kami” mewakili “saya”. Bagi Suan pula, beliau mengungkapkan ayat “Limau ini kepunyaan saya” seperti berikut :
a) Limau ini yang saya punya. (B.Melayu)
b) zhè chēng shì wō de. (Bahasa Manderin)
c) zì ka sĭ wà kāi .(Dialek Teochew)
Dalam bahasa Mandarin, “zhè chēng shì wō de.” bermaksud “Limau ini kepunyaan saya”, di mana konsep kepunyaan ditandai oleh perkataan “de” manakala dalam dialek Teochew pula konsep milik ditandai oleh perkataan “kāi”. Namun begitu, jika diteliti dari struktur ayat bahasa Melayu Standard, frasa ini boleh diungkapkan dengan menyatakan “Limau saya”. Kita boleh melihat bahawa terdapat konsep milik yang digugurkan jika dibandingkan dengan pengungkapan dalam dialek Melayu Kedah (Baling) iaitu “Limau itu hat saya”. Terdapat pengguguran konsep milik antara perkataan limau dan saya seperti Limau Ø saya. Pengguran perkataan itu mungkin dapat diwakili oleh “kepunyaan, hak atau milik.”

Seterusnya ialah dari segi konsep pemilikan dalam struktur ayat. Sebagai contoh konsep pemilikan rumah. Contohnya ayat dalam Bahasa Melayu Standard “Rumah saya besar”.Bagi Wan Norhana, ayat ini dituturkan sama seperti bahasa Standard iaitu “rumah saya besaq” tetapi bagi Siew Suan, ayat ini dituturkan sebagai
a)“Saya punya rumah besar” (B.Melayu)
b)wo de jia hen da ( Bahasa Mandarin)
c)wa kai cu jing dua ( Bahasa Teochew)
Konsep milik di sini dapat dilihat dalam ayat yang dituturkan oleh Wan Norhana iaitu “rumah saya besaq”. Terdapat perkataan ‘kepunyaan’ yang telah digugurkan antara perkataan rumah dan saya iaitu “rumah Ø saya besa”. Namun dalam bahasa Mandarin dan dialek Teochew, ayat ini dituturkan dengan disertakan perkataan 'kepunyaan' seperti “Saya punya rumah besar” (B.Melayu), wo de jia hen da ( Bahasa Mandarin) yang mana perkataan “de” yang merupakan kata preposisis yang mendukung makna kepunyaan, dan dalam dialek Teochew “wa kai cu jing dua” di mana perkataan “kai” membawa maksud kepunyaan.

Disamping itu terdapat juga imbuhan kata kerja dalam dialek Melayu Baling yang menunjukkan konsep milik iaitu imbuhan 'be-'. Contohnya dalam ayat, "Dia berharta, bolehlah dia membeli rumah besar". dalam dialek Melayu Baling, ayat ini diungkapkan sebagai "Dia begheta,bolehla beli ghumah besaq". Imbuhan ber- dalam bahasa Melayu Standard yang menunjukkan konsep milik atau bermaksud 'mempunyai' juga menjadi konsep milik dalam penyebutan "be-" dalam dialek Melayu Kedah (Baling). Konsep milik imbuhan 'be-' dalam dialek Melayu Baling ini juga merujuk kepada kata kerja. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat "Dia dah begheta, bolehla beli ghumah besaq" atau dalam bahasa Melayu Standard melalui ayat "Dia sudah berharta, bolehlah membeli rumah besar".Bagi Suan, ayat ini diungkapkan dengan “tā hēn yōu_qian, kē_yí mài dā _fāng_zī” (Bahasa Manderin), yang bermaksud, “Dia kaya punya, boleh beli rumah besar” dan“yī jīng wū _luí, oī _sāi boĭ duā_chū” (Bahasa Teochew) yang membawa maksud “Dia kaya punya, boleh beli rumah besar”. Perbezaan konsep milik, jelas di sini dengan imbuhan 'be-' yang digunakan oleh Wan Norhana dalam Dialek Melayu Kedah (Baling) manakala dalam bahasa Mandarin konsep pemilikan ditunjukkan dalam perkataan “de” yang merupakan kata preposisi yang mendukung makna “mempunyai” dalam bahasa Mandarin dan “kai” dalam Dialek Teochew yang juga mengandungi makna “mempunyai atau memiliki”. Namun begitu, imbuhan ‘be- dalam dialek Melayu Kedah (Baling) juga akan merujuk kepada kata adjektif. Hal ini dapat ditunjukkan dalam ayat, “Dia sangat berharta”. Dalam dialek Melayu Kedah (Baling) ayat ini dituturkan sebagai “ Dia begheta sungguh”. Dalam bahasa Mandarin yang dituturkan oleh Suan ayat ini diungkapkan sebagai “ tā hēn yōu_qiān yang bermaksud “dia sangat berharta” dan dalam dialek Teochew sebagai “ yī jīng wū_luí.

3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, terdapat konsep pemilikan yang pelbagai dan berbeza antara sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain. Misalnya konsep pemilikan dalam Dialek Melayu Kedah(Baling) dan Bahasa Mandarin. Contohnya penggunaan kata “hat” dalam dialek Melayu Kedah Baling yang mendukung makna kepunyaan,Konsep pemilikan nama keluarga dalam bahasa Mandarin,konsep pemilikan yang digugurkan dalam struktur ayat bagi Dialek Melayu Kedah(Baling), dan konsep imbuhan ber- yang mendukung makna “mempunyai atau memiliki”.

BIBLIOGRAFI:
Rujukan hidup:
Lim Siew Suan
Wan Norhana Bt Ismail

Rujukan internet :
http://en.wikipedia.org/wiki/Genitive
http://www.merriam-webster.com/dictionary/genitive
http://www.sil.org/linguistics/GlossaryOfLinguisticTerms/WhatIsCase.htm

Hasil Kerja:
9. Lim Siew Suan
28. Wan Norhana Bt Ismail

ANALISIS MEET UNCLE HUSSeIN-Lagu Untukmu

Lagu Untukmu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Meet Uncle Hussin @ "Jumpa Pak Cik Hussin" dapat dianalisis dari segi "semantik" kerana mempunyai makna tersirat. Ia mengisahkan tentang hubungan seorang lelaki dengan perempuan. Lagu ini mengisahkan kekecewaan seorang lelaki terhadap kekasihnya yang tidak setia kepadanya. Lelaki ini menyatakan kekecewaannya kerana sikap kekasihnya yang telah berubah.Beza antara lelaki dan wanita ini ialah lelaki ini setia kepada perhubungannya dengan wanita tersebut tetapi wanita tersebut tidak setia dan telah berubah hatinya. Wanita tersebut telah mengecewakan lelaki tersebut dan melukakannya. Akibat sikap wanita tersebut lelaki itu telah terluka dan berjanji tidak akan kembali lagi kepada kekasihnya itu.

Monday, January 19, 2009

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ dalam Berita ‘Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin’ dan Berita ‘Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestin’ dari Segi Analisis Kontrastif Aspek Semantik.


1.0 PENDAHULUAN
Kertas ini akan membincangkan dan membandingkan persamaaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contibutions’ dalam berita ‘Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin’ dan berita ‘Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestin’dari aspek sinonim interbahasa dan intrabahasa.


2.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis dan melihat hubungan sinonim untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ berdasarkan tajuk berita yang telah dipilih.

3.0 KAEDAH KAJIAN
Perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ dipilih adalah kerana berkaitan dengan tajuk berita dan dipilih secara rawak setelah saya membaca berita ini. Tambahan pula perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ muncul agak sedikit dalam berita ini iaitu sekitar 1.66% bagi perkataan ‘sumbangan’ dan 0.61% bagi perkataan ‘contributions’. Saya menggunakan corpus TextStat bagi melihat kekerapan perkataan yang dipilih wujud dalam artikel berita. Artikel berita pula diperolehi daripada berita berbahasa Melayu dalam Utusan Online dan Berita berbahasa Inggeris dari Bernama Online.


4.0 DAPATAN DAN ANALISIS
Berdasarkan artikel berita yang dipilih, saya mendapati sebanyak empat perkataan ‘sumbangan’ muncul dalam berita bahasa Melayu iaitu dalam ayat-ayat berikut:

i) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat_Palestin.
ii) Saya berasa amat sukacita kerana yang mengeluarkan sumbangan tidak terhad pada orang Islam, orang Melayu sahaja,
iii) semua rakyat berbilang kaum, agama bersatu hati membantu memberikan sumbangan," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat sunat hajat dan bacaan tahlil bagi memohon keselamatan rakyat Palestin di Stadium Negeri di sini, malam ini.
iv) Pada majlis itu kerajaan negeri Terengganu turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Abdelaziz.dan bagi berita berbahasa Inggeris, sebanyak dua perkataan ‘ contributions’ muncul.dalam artikel berita iaitu :

i) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine.
ii) I am most happy that the people coming forward with contributions are just Muslims and Malays but of all communities and religions and they are united in spirit in providing the aid.

Analisis yang dibuat mendapati bahawa terdapat kesinoniman atau hubungan sinonim antara kedua-dua perkataan iaitu perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan identical atau persamaan hampiran. (Wikipedia, 18 Januari 2009, 11.24a.m). Pernyataan ini juga disokong oleh F.R.Palmer dalam bukunya Semantik, 1989. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang mengatakan istilah sinonim merujuk kepada maksud kesamaan makna dan perkataan itu seerti antara satu sama lain. Begitu juga dengan pernyataan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail dalam buku Linguistik Pengenalan, 2006, Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd menyentuh tentang aspek semantik dari segi sinonim yang merujuk kepada perkataan berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam penganalisisan terhadap perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’, didapati terdapat hubungan sinonim antara kedua-dua perkataan iaitu maksud kesamaan makna dan perkataan itu seerti antara satu sama lain. Perkataan ‘sumbangan’ memberi erti bantuan, pertolongan yang diberikan,sokongan dan sesuatu yang diberikan sebagai bantuan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka) manakala ‘contributions’ pula merujuk maksud yang sama iaitu sumbangan, bantuan, pertolongan atau dalam tafsiran bahasa Inggeris merujuk kepada a sum of money that is given, to help, the act of giving, especially money to help a person or an organization.(Oxford Dictionary). Hal ini menepati maksud sinonim itu sendiri. Dalam kesemua ayat yang terdapat dalam kedua-dua artikel berita, perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ menunjukkan hubungan sinonim iaitu kedua-dua perkataan merujuk kepada makna sebenar perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contribution’ iaitu bantuan atau pertolongan yang dihulurkan atau sesuatu yang diberikan sebagai bantuan manakala dalam bahasa Inggerisnya bermaksud the act of giving especially money to help a person or an organization.
Dari segi penganalisisan ke atas aspek intrabahasa, makna sebenar perkataan ‘sumbangan’ dengan makna perkataan ‘sumbangan’ dalam konteks ayat dalam artikel berita adalah sama, Tidak terdapat perbezaan makna dalam kesemua ayat dalam artikel berita berbahasa Melayu. Namun bagi aspek intra bahasa dalam bahasa Inggeris, terdapat perbezaan makna sebenar ‘contibutions’ dengan makna contributions dalam ayat berita iaitu makna sebenar contributions ialah:
i) a sum of money that given, to help
ii) an action a service that helps to cause or increase
iii) an item that forms part of a book, magazine broadcast, discussion
iv) the act of giving, especially money to help a person or an organization.
Bagi makna (i) dan (iv), ianya menepati makna dalam konteks ayat dalam artikel berita iaitu :

a) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine.
b) I am most happy that the people coming forward with contributions are just Muslims and Malays but of all communities and religions and they are united in spirit in providing the aid.
Namun, bagi makna sebenar (ii) dan (iii) ianya tidak bertepatan dengan makna ‘contributions’ dalam konteks ayat di atas dan tidak ditemui dalam makna bagi ayat yang lain tetapi makna ini wujud dan mungkin digunakan dalam ayat yang berbeza bentuknya dalam berita yang lain.

5.0 PENUTUP

Berdasarkan penganalisisan yang dibuat, didapati bahawa terdapat hubungan sinonim dalam aspek inter bahasa bagi perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ yang mempunyai makna yang sama iaitu sumbangan, bantuan,atau pertolongan yang dihulurkan kepada seseorang atau sesebuah organisasi. Makna kedua-dua perkataan ini juga menepati makna dalam konteks ayat bagi artikel berita yang dipilih. Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa kebolehpercayaan terdapat hubungan sinonim antara dua perkataan yang berbeza dari segi bentuk atau ejaannya dalam sesuatu ayat adalah tinggi jika artikel atau berita yang dipilih adalah sama dan bezanya hanyalah dari segi bahasanya. Namun kebanyakkan perkataan yang terdapat dalam artikel berita yang sama mempunyai makna yang sama dalam konteks ayat. Bagi aspek intra bahasa pula, terdapat kemungkinan untuk berlaku percanggahan makna kerana terdapat perkataan yang mempunyai pelbagai makna yang mungkin tidak menepati makna dalam konteks ayat yang ditemui dalam artikel berita yang dipilih.



6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oxford Advanced Learner’s Disctionary, 2005. New York : Oxford University Press
Palmer. F.R. 1989. Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail, 2006. Pengantar Linguistik. Selangor : Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Wikipedia. 14 Januari 2009. Synonym. Wikimedia Foundation. http://en.wikipedia.org/wiki/synonym.%20%5b18 Januari 2009]

KAEDAH MEMBUAT KONKORDANS

Kaedah Membuat Konkordan

Buka satu folder baru di desktop. Kemudian folder itu dinamakan Wan Norhana_HMT329.
Pilih satu artikel online dari laman web utusan Malaysia.
Pergi ke folder Wan Norhana_HMT329, klik kanan tetikus, klik “new” klik “text document”. “rename”file kepada UMrencana1_15jan09.txt
Buka semula laman artikel yang telah dipilih, “highlight” tajuk artikel, klik kanan pada tetikus, klik “copy”, pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09. “Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.
Kemudian, “copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
Peringatan, “copy” pada teks atau rencana sahaja dan bukan pada gambar atau iklan.
Buka “microsoft word” dan namakan file tersebut “ UMrencana1_15jan09.doc”. Selepas itu, copy rencana/artikel tersebut dalam file ini. kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus di “copy” dan di “paste”.
Kemudian buang gambar dan petikan ayat di bawah gambar tersebut diletakkan di bawah artikel. Setelah itu ‘save’file tersebut dan namakan file tersebut sebagai UMrencana1_15jan09_cuci
Seterusnya buka satu lagi file dan namakan sebagai “Tajuk artikel/rencana”. Dalam file ini anda hendaklah membuat jadual yang mengandungi 3 kotak dan isi jadual tersebut dengan tajuk artikel/rencana,nama penulis ,web artikel/rencana itu diambil dan tarikh dan nama file.
Setelah selesai, buka “textSTAT”. Kemudian, klik corpus dan klik new corpus, maka akan keluar file.txt. Kemudian, ubah nama file menjadi .crp seperti ‘UMrencana1_15jan09.crp’.
Selepas itu, , pilih corpus dan add local file. Cari folder Wan Norhana_HMT329 dan pilih fail .txt dan klik “open”.

Klik pada “word forms”. Pilih sort on frequency dan klik frequency list. Seterusnya klik pada export dan pilih “Frequency<>MS Excel”. Namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls

Akhir sekali, klik pada “concordance”, kemudian, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” dan “search case insentive”. Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_concord.doc

Setiap langkah yang dibuat, perlu “save”.