Wednesday, January 7, 2009

BMKedah<>BMStandard

BMKedah<>BMStandard
Contoh :
1. Ustat Aminuddin tengah dok bagi ceramah motivasi kat budak-budak yang nak ambek periksa.
Ustaz Aminuddin sedang memberi ceramah motivasi kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan.
2.Abah tengah dok baca surat kabaq kat atah bangku.
Abah sedang membaca surat khabar di atas kerusi
3.Awat hangpa pi pekan tak ajak kami sekali?
Mengapa kamu pergi ke pekan tidak mengajak saya juga?
4.Menteri Pelajaran tak mai pun rasmi sekolah yang baghu buat tu.
Menteri Pelajaran tidak datang pun merasmikan sekolah yang baru dibina itu.
5.Kementerian pelajaran sepatutnya pikiaq balik pelaksanaan Saing ngan Matematik lam bahasa Inggerih.
Kementerian Pelajaran perlu memikirkan kembali pelaksanaan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
6.Khebau kat bangsai blakang ghumah bukannya dok bagi makan lagi.
Kerbau di bangsal di belakang rumah belum diberi makan lagi.
7.Depa ajak kami pi mancing kat Loq Staq ri Khamih ni.
Mereka mengajak saya pergi memancing di Alor Star pada hari Khamis ini.
8.Knughi kawen anak bekas ADUN tu buat besaq sungguh.
Majlis kenduri kahwin anak bekas ADUN itu diadakan secara besar-besaran.
9.Motosikal adik yang hilang semalam dah jumpak kat dalam sungai, tp tinggai ghangka ja.
Motosikal adik yang hilang semalam sudah ditemui di dalam sungai tetapi hanya tinggal rangkanya sahaja.
10.Pemain bola sepak Kedah tak main betoi-betoi tu yang depa kalah teghuk.
Pemain bola sepak pasukan Kedah tidak bermain bersungguh-sungguh menyebabkan mereka kalah teruk.

No comments:

Post a Comment