Monday, January 19, 2009

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ dalam Berita ‘Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin’ dan Berita ‘Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestin’ dari Segi Analisis Kontrastif Aspek Semantik.


1.0 PENDAHULUAN
Kertas ini akan membincangkan dan membandingkan persamaaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contibutions’ dalam berita ‘Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin’ dan berita ‘Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestin’dari aspek sinonim interbahasa dan intrabahasa.


2.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menganalisis dan melihat hubungan sinonim untuk perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ berdasarkan tajuk berita yang telah dipilih.

3.0 KAEDAH KAJIAN
Perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ dipilih adalah kerana berkaitan dengan tajuk berita dan dipilih secara rawak setelah saya membaca berita ini. Tambahan pula perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ muncul agak sedikit dalam berita ini iaitu sekitar 1.66% bagi perkataan ‘sumbangan’ dan 0.61% bagi perkataan ‘contributions’. Saya menggunakan corpus TextStat bagi melihat kekerapan perkataan yang dipilih wujud dalam artikel berita. Artikel berita pula diperolehi daripada berita berbahasa Melayu dalam Utusan Online dan Berita berbahasa Inggeris dari Bernama Online.


4.0 DAPATAN DAN ANALISIS
Berdasarkan artikel berita yang dipilih, saya mendapati sebanyak empat perkataan ‘sumbangan’ muncul dalam berita bahasa Melayu iaitu dalam ayat-ayat berikut:

i) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat_Palestin.
ii) Saya berasa amat sukacita kerana yang mengeluarkan sumbangan tidak terhad pada orang Islam, orang Melayu sahaja,
iii) semua rakyat berbilang kaum, agama bersatu hati membantu memberikan sumbangan," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat sunat hajat dan bacaan tahlil bagi memohon keselamatan rakyat Palestin di Stadium Negeri di sini, malam ini.
iv) Pada majlis itu kerajaan negeri Terengganu turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Abdelaziz.dan bagi berita berbahasa Inggeris, sebanyak dua perkataan ‘ contributions’ muncul.dalam artikel berita iaitu :

i) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine.
ii) I am most happy that the people coming forward with contributions are just Muslims and Malays but of all communities and religions and they are united in spirit in providing the aid.

Analisis yang dibuat mendapati bahawa terdapat kesinoniman atau hubungan sinonim antara kedua-dua perkataan iaitu perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan identical atau persamaan hampiran. (Wikipedia, 18 Januari 2009, 11.24a.m). Pernyataan ini juga disokong oleh F.R.Palmer dalam bukunya Semantik, 1989. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang mengatakan istilah sinonim merujuk kepada maksud kesamaan makna dan perkataan itu seerti antara satu sama lain. Begitu juga dengan pernyataan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail dalam buku Linguistik Pengenalan, 2006, Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd menyentuh tentang aspek semantik dari segi sinonim yang merujuk kepada perkataan berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam penganalisisan terhadap perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’, didapati terdapat hubungan sinonim antara kedua-dua perkataan iaitu maksud kesamaan makna dan perkataan itu seerti antara satu sama lain. Perkataan ‘sumbangan’ memberi erti bantuan, pertolongan yang diberikan,sokongan dan sesuatu yang diberikan sebagai bantuan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka) manakala ‘contributions’ pula merujuk maksud yang sama iaitu sumbangan, bantuan, pertolongan atau dalam tafsiran bahasa Inggeris merujuk kepada a sum of money that is given, to help, the act of giving, especially money to help a person or an organization.(Oxford Dictionary). Hal ini menepati maksud sinonim itu sendiri. Dalam kesemua ayat yang terdapat dalam kedua-dua artikel berita, perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ menunjukkan hubungan sinonim iaitu kedua-dua perkataan merujuk kepada makna sebenar perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contribution’ iaitu bantuan atau pertolongan yang dihulurkan atau sesuatu yang diberikan sebagai bantuan manakala dalam bahasa Inggerisnya bermaksud the act of giving especially money to help a person or an organization.
Dari segi penganalisisan ke atas aspek intrabahasa, makna sebenar perkataan ‘sumbangan’ dengan makna perkataan ‘sumbangan’ dalam konteks ayat dalam artikel berita adalah sama, Tidak terdapat perbezaan makna dalam kesemua ayat dalam artikel berita berbahasa Melayu. Namun bagi aspek intra bahasa dalam bahasa Inggeris, terdapat perbezaan makna sebenar ‘contibutions’ dengan makna contributions dalam ayat berita iaitu makna sebenar contributions ialah:
i) a sum of money that given, to help
ii) an action a service that helps to cause or increase
iii) an item that forms part of a book, magazine broadcast, discussion
iv) the act of giving, especially money to help a person or an organization.
Bagi makna (i) dan (iv), ianya menepati makna dalam konteks ayat dalam artikel berita iaitu :

a) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine.
b) I am most happy that the people coming forward with contributions are just Muslims and Malays but of all communities and religions and they are united in spirit in providing the aid.
Namun, bagi makna sebenar (ii) dan (iii) ianya tidak bertepatan dengan makna ‘contributions’ dalam konteks ayat di atas dan tidak ditemui dalam makna bagi ayat yang lain tetapi makna ini wujud dan mungkin digunakan dalam ayat yang berbeza bentuknya dalam berita yang lain.

5.0 PENUTUP

Berdasarkan penganalisisan yang dibuat, didapati bahawa terdapat hubungan sinonim dalam aspek inter bahasa bagi perkataan ‘sumbangan’ dan ‘contributions’ yang mempunyai makna yang sama iaitu sumbangan, bantuan,atau pertolongan yang dihulurkan kepada seseorang atau sesebuah organisasi. Makna kedua-dua perkataan ini juga menepati makna dalam konteks ayat bagi artikel berita yang dipilih. Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa kebolehpercayaan terdapat hubungan sinonim antara dua perkataan yang berbeza dari segi bentuk atau ejaannya dalam sesuatu ayat adalah tinggi jika artikel atau berita yang dipilih adalah sama dan bezanya hanyalah dari segi bahasanya. Namun kebanyakkan perkataan yang terdapat dalam artikel berita yang sama mempunyai makna yang sama dalam konteks ayat. Bagi aspek intra bahasa pula, terdapat kemungkinan untuk berlaku percanggahan makna kerana terdapat perkataan yang mempunyai pelbagai makna yang mungkin tidak menepati makna dalam konteks ayat yang ditemui dalam artikel berita yang dipilih.



6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oxford Advanced Learner’s Disctionary, 2005. New York : Oxford University Press
Palmer. F.R. 1989. Semantik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail, 2006. Pengantar Linguistik. Selangor : Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Wikipedia. 14 Januari 2009. Synonym. Wikimedia Foundation. http://en.wikipedia.org/wiki/synonym.%20%5b18 Januari 2009]

2 comments:

  1. rajinnya Wan buat seorang..jiayou!!! (^.^)

    ReplyDelete
  2. yuhuuu..sayanggg...nak copy paste ea tang intrabahasa tu...tq..cyg kak wan

    ReplyDelete