Monday, January 19, 2009

KAEDAH MEMBUAT KONKORDANS

Kaedah Membuat Konkordan

Buka satu folder baru di desktop. Kemudian folder itu dinamakan Wan Norhana_HMT329.
Pilih satu artikel online dari laman web utusan Malaysia.
Pergi ke folder Wan Norhana_HMT329, klik kanan tetikus, klik “new” klik “text document”. “rename”file kepada UMrencana1_15jan09.txt
Buka semula laman artikel yang telah dipilih, “highlight” tajuk artikel, klik kanan pada tetikus, klik “copy”, pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09. “Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.
Kemudian, “copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
Peringatan, “copy” pada teks atau rencana sahaja dan bukan pada gambar atau iklan.
Buka “microsoft word” dan namakan file tersebut “ UMrencana1_15jan09.doc”. Selepas itu, copy rencana/artikel tersebut dalam file ini. kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus di “copy” dan di “paste”.
Kemudian buang gambar dan petikan ayat di bawah gambar tersebut diletakkan di bawah artikel. Setelah itu ‘save’file tersebut dan namakan file tersebut sebagai UMrencana1_15jan09_cuci
Seterusnya buka satu lagi file dan namakan sebagai “Tajuk artikel/rencana”. Dalam file ini anda hendaklah membuat jadual yang mengandungi 3 kotak dan isi jadual tersebut dengan tajuk artikel/rencana,nama penulis ,web artikel/rencana itu diambil dan tarikh dan nama file.
Setelah selesai, buka “textSTAT”. Kemudian, klik corpus dan klik new corpus, maka akan keluar file.txt. Kemudian, ubah nama file menjadi .crp seperti ‘UMrencana1_15jan09.crp’.
Selepas itu, , pilih corpus dan add local file. Cari folder Wan Norhana_HMT329 dan pilih fail .txt dan klik “open”.

Klik pada “word forms”. Pilih sort on frequency dan klik frequency list. Seterusnya klik pada export dan pilih “Frequency<>MS Excel”. Namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls

Akhir sekali, klik pada “concordance”, kemudian, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” dan “search case insentive”. Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan namakan fail tersebut dengan UMrencana1_15jan09_concord.doc

Setiap langkah yang dibuat, perlu “save”.

1 comment: