Monday, January 19, 2009

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ATURAN KATA

HMT 329: TIGA FAKTOR YANG MENENTUKAN ATURAN KATA
Satu Analisis Ke Atas Artikel Israel Gempur Gaza.

i)Keseringan

Senarai Ayat Yang Mematuhi Pola Subjek, Kata Kerja, Objek (SKO)

1. Pesawat pejuang, kereta kebal bedil Hamas.

2. Selepas PRO melancarkan serangan udara selama lapan hari.

3. …Tentera Yahudi awal pagi semalam mara ke Gaza…

4. …Tentera Yahudi awal pagi semalam memasuki Gaza…

5. … PRO tidak menghiraukan bantahan antarabangsa…

6. … angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
7. Pejuang Hamas bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
8. Hamas mendakwa menawan dua askar Israel.
9. Hamas berjaya menawan dua askar Israel.
10. Kamu memasuki Gaza seperti tikus.

11. Gaza akan menjadi kubur anda.
12. Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata.
13. PRO turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
14. Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di
bandar selatan Israel, Beersheba.

15. Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala
23 warga Gaza maut.

16. Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim,

17. …. satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.

18. Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai
penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

19. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah
Israel.

20. Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat
sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang
digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

21. Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan.
22. PRO membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan
pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.

23. Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza.

24. Kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan
melancarkan roket dan bedilan meriam.

25. Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa
setiap rumah .

26. Askar Israel memeriksa setiap rumah.

27. Askar Israel memecahkan dinding.

28. Penduduknya sudah melarikan diri.

29. Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu.

30. Israel menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera.

31. Hamas melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel.

32. PRO menyebabkan empat rakyat Negara Yahudi itu maut.


ii) Senarai Ayat Yang mematuhi Pola Subjek, Kata Kerja (S,K)
1. Dalam pertempuran awal pagi itu,sembilan askar Yahudi terbunuh.
2.Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni.

4. Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban.

5. Hamas pula bertindak balas.


iii) Ayat yang mematuhi aturan kata Subjek, Kata Kerja, Keterangan (S, K, Ket,)
1. Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.
2. PRO bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka

Keseringan <> frequency

Jumlah SKO/Jumlah keseluruhan x 100

32/39 X 100 = 82.1 %

Jumlah SK/Jumlah keseluruhan x 100

5/39 X 100 = 12.8 %

Jumlah SK Ket/Jumlah keseluruhan x 100

2/39 X 100 = 5.1 %


Ketertandaan <> markedness

Ketertandaan ialah bentuk pola yang jarang digunakan, iaitu:

Bentuk ketertandaan: pola S,K dan S,K,Ket.
Bentuk yang tidak bertanda ialah SKO.

Keneutralan Konteks Secara Pragmatik.

Pola perlu mengabaikan unsur konteks pragmatik
Contohnya :

1 Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
2. Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.

3. "Kamu memasuki Gaza seperti tikus. Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
4. Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.

5. Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.

6.Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.

7. Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

8. Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu

9.Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.


10. Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.

11. Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.
# Perkataan yang dihitamkan perlu diabaikan kerana mengambil kira aspek konteks pragmatik.

Hasil Perbincangan
Siti Nurhuda binti Saari (24)
Wan Norhana binti Ismail (28)

No comments:

Post a Comment