Monday, January 12, 2009

Pengamatan Analisis Kontrastif Kuliah 2

Pengamatan Kuliah-Jumaat, 09/01/2009
-Kuliah membincangkan analisis kontrastif bukan dari aspek sintaksis.
-Analisis Kontrastif merupakan perbandingan antara unsur X dan unsur Y.
-Pengkajiannya adalah berdasarkan persamaan dan perbezaan sesuatu unsur X dan Y
-Unsur X dan unsur Y hanya sebagai lambang.
-Analisis kontrastif dari aspek semantik dibuat dengan membahagikan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu:
a) Kumpulan satu menyatakan maksud yang difahami mengenai Palestin.
Maklumat yang dinyatakan berdasarkan pelajar yang dipilih mengikut nombor rujukan adalah seperti berikut :
13. Negara yang dijajah
15. Sebuah negara Islam
17. Negara yang selalu kena bom
19. Negara yang tak stabil
25. Rakyat yang ditindas
27. Rakyat Palestin yang hidup menderita
29. Ramai rakyat yang terkorban
-Kumpulan 2 menyatakan maksud yang difahami tentang Israel.
Maklumat yang dinyatakan berdasarkan pelajar yang dipilih mengikut nombor rujukan adalah seperti berikut :
4. Sebuah negara Kristian
6. Kejam, menindas, membunuh
26.Sebuah negara yang tidak boleh campur tangan dalam hal politik
10. Sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang kejam
8. Peperangan yang menyebabkan ramai rakyat terkorban
14. Negara yang mempunyai pemimpin yang bijak berkomunikasi
20. Negara yang bermusuh dengan Palestin

-Berdasarkan data yang diberi oleh kumpulan 1 dan 2, analisis kontrastif yang dibuat oleh pelajar kumpulan ketiga ialah :
28. Israel lebih kuat daripada Palestin
24. Israel merupakan negara yang menindas dan Palestin negara yang ditindas
9. Mempunyai agama yang berlainan
15. Israel merupakan negara yang lebih kuat daripada Palestin
12. Wujudnya konflik politik antara kedua-dua buah negara
17. Sebagai akibatnya rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.

-Pembuktian Analisis Kontrastif Israel-Palestin

Pelajar bernombor rujukan 17,5 dan 22 mendapat bukti untuk ungkapan pelajar bernombor 25 dan 4 iaitu, ‘Rakyat yang ditindas dan kejam, menindas dan membunuh’ berdasarkan maklumat dari Wikipedia: Israeli-Palestinian Conflict.

Pelajar bernombor rujukan 11 dan 6 mendapat bukti untuk ungkapan pelajar bernombor 9 iaitu, ‘Mempunyai agama yang berlainan’ berdasarkan maklumat dari Wikipedia: agama-religion.

Pelajar bernombor rujukan 24,28,20,3 dan 2 mendapat bukti untuk ungkapan pelajar bernombor 25,4 dan 24 iaitu, ‘Rakyat yang ditindas dan kejam, menindas dan membunuh,Israel negara yang menindas dan Palestin negara yang ditindas’ berdasarkan maklumat dari Berita Harian Online.

Pelajar bernombor rujukan 17,5 dan 22 mendapat bukti untuk ungkapan pelajar bernombor 27 iaitu, ‘Rakyat Palestin hidup menderita’ berdasarkan maklumat dari Utusan Online, berita yang bertajuk : Hizbullah Bantu Hamas.

-Pelajar HMT329 membuat analisis kontrastif berdasarkan maklumat yang diberi oleh pelajar secara individu iaitu melihat persamaan dan perbezaan berdasarkan data yang dikemukakan oleh setiap pelajar yang dipilih dan kemudian membuat semakan sebagai pembuktian bahawa analisis yang dilakukan tersebut tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Wikipedia, Berita Harian Online dan Utusan Online.

-Analisis kontrastif juga boleh dilihat pada tajuk-tajuk utama akhbar dari segi wacana kerana sesetengah akhbar memaparkan tajuk yang sama tetapi berita yang berbeza dan ada sesetengahnya pula memaparkan tajuk yang berbeza tetapi kandungan beritanya adalah sama.

-Pelajar HMT 329 juga boleh membuat analisis kontrastif dari aspek pragmatik. Berdasarkan kuliah, aspek pragmatik yang diketengahkan ialah bahasa badan yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Contoh yang diberikan didalam kuliah ialah bahasa badan yang ditunjukkan oleh Dr. Hanan Ashrawi yang tidak memandang langsung wakil Israel dan pengacara Tedd Coupel sewaktu perdebatan antara wakil Israel dan Palestin walaupun kebiasaannya apabila ditemu ramah secara persendirian oleh Tedd Coupel, beliau memandangnya tetapi kebencian terhadap Israel menyebabkan beliau hanya memandang penonton dan tidak memandang ke arah Tedd Coupel yang berada ditengah-tengah kerana rasa bencinya untuk memandang wakil Israel. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun orang yang sama ditemui, namun apabila konteks berbeza maka, bahasa badan yang ditunjukkan adalah berbeza.

-Pelajar HMT 329 juga boleh membuat analisis kontrastif antara dua individu yang berbeza. Sebagai contoh dari kuliah, perbandingan antara Profesor Randy Pauch yang merupakan seorang ahli akademik dengan Patrick Sweyze yang bukan ahli akademik tetapi seorang pelakon filem Ghost. Persamaan antara mereka ialah kedua-duanya menderitai penyakit kanser, tetapi mereka menjalani kehidupan dengan penuh tabah, bersemangat, ceria dan gembira walaupun mereka berbeza dari segi kerjaya..

- Selain itu, analisis kontrastif juga dapat dibuat berdasarkan konsep ‘Missing Case’ atau konsep kehilangan sama ada kanak-kanak, remaja dan sebagainya seperti cara hilang, tempat berlakunya kehilangan dan cara mengatasinya kerana hal ini berlaku di seluruh dunia. Dari segi analisis kontrastif, kes yang dihadapi adalah sama tetapi cara menangani atau menyelesaikannya berbeza mengikut negara.

1 comment:

  1. Mr Green Casino review: No deposit bonuses, free spins, casino
    Mr Green Casino review: 창원 출장안마 No 김해 출장마사지 deposit 의정부 출장마사지 bonuses, free spins, casino games, bonuses, bonus codes 여주 출장샵 and more - DrMCD. 의왕 출장샵

    ReplyDelete